Sunday, January 13, 2008

Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian akibat kanser di Malaysia. 95% daripada pesakit kanser paru-paru meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun selepas diagnosa dilakukan. 90% kanser paru-paru disebabkan oleh amalan menghisap rokok. Kejadian kanser paru-paru juga tinggi di kalangan orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok (perokok pasif).

APAKAH KANSER PARU-PARU?


Kanser paru-paru merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam paru-paru yang tidak boleh dikawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor. Jika tumor ini tidak merebak ke bahagian badan yang lain, ia disebut tumor benigna (bukan kanser). Sebaliknya, jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia adalah tumor malignan (kanser). Apabila sel kanser ini merebak melalui saluran limfa, ia boleh menyebabkan kelenjar limfa membengkak. Apabila ia menyusur melalui saluran darah, ia boleh merebak ke organ lain khususnya hati, tulang, otak atau paru-paru yang sebelah lagi.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

3 comments:

aYumiE said...

Thanks for the information u provide...well, i think i want mkore info bout peluang penyembuhan cancer....it is shock when we know our loved ones has this type of illness...

Rozie said...

Go to http://dariwanitauntukwanita.com/?lang=my&cat=1&id=6&mnu=6 to learn the alternative and cheap way of treating cancer....kanser boleh diubati dengan cara yang lebih selamat dan berkesan....with Vitamin B17.

wankamil91 said...

thanks for the good information

Google

Rahsia Penawar Kanser Leukemia - Susu Kuda Liar

Rakaman dari Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 tentang susu kuda liar. Di dalam susu inilah terdapatnya rahsia penyembuhan bagi penyakit Leukemia, jenis kanser darah yang paling digeruni dan paling bahaya.